Tuesday, May 12, 2009

Nasi Goreng Sardin

 
 
Bahan:
Nasi putih 
2 biji telur
3 ulas Bawang putih (diketuk & dicincang)
1 labu kecil bawang besar (dibelah 4)
5-6 biji cili padi diketuk (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
sedikit serbuk lada hitam
1 tin besar sardin (ambil isi sahaja)
2-3 sudu besar kuah sardin
5-6 biji kacang buncis (dipotong ukuran 1 inci -+)
minyak utk menumis
garam/gula
Cara memasak:
1) Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi & serbuk lada hitam hingga naik bau.
2) Pecahkan 2 biji telur ke dalam bahan tumisan. Kacau hingga telur masak.
3) Masukkan kuah sardin sedikit & tumis lagi hingga sebati semua.
4) Masukkan nasi, garam & gula sebagai perasa. Kacau hingga sebati. Tambah kacang buncis & gaul rata.
5) Akhir sekali baru masukkan ikan sardin, gaul, pastikan ikan pecah2...jangan terlalu hancur. Siap utk dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails