Friday, May 15, 2009

Kueteow Goreng Daging Halia

 
 
Bahan:
Kueteow sebungkus
Daging ikut suka banyak mana (ketuk2 & potong nipis supaya cepat masak & empuk)
3 ulas bawang putih diketuk & cincang halus
Satu labu bawang besar belah 4
3-4 biji cili padi diketuk
sedikit serbuk lada hitam
Halia muda dlm 2-3 inci dihiris nipis
sedikit sos tiram
sedikit kicap pekat
sedikit kicap cair
serbuk pati ayam/daging utk perasa
gula utk perasa
2-3 titik minyak bijan
Sayur-sayuran seperti kobis, carrot & daun bawang
Minyak utk menumis
Cara:
1) Perap seketika daging dgn sos tiram, serbuk lada hitam & sos teriyaki.
2) Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi & halia muda hingga naik bau. Masukkan daging tadi, masak hingga empuk. Tambah sayur kobis & carrot.
3) Masukkan kicap pekat & kicap cair.
4)Lepas tu masukkan pulak kueteow, gaul biar sebati dgn bahan berkuah tadi....
5) Tambah perisa seperti gula & serbuk pati ayam/daging.
6) Sebelum tutup api, titiskan 2-3 titik minyak bijan & masukkan daun bawang....kacau lagi seketika & boleh dihidangkan....

2 comments:

sHa_eiNa said...

nmpk sedap..
nti nk try... :)

eynda said...

Dipersilakan...adjust2 la skit bagi lagi sedap hehe...akak hentam je tu :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails