Assalamualaikum & Hi semua ...
27/2/2024... Eynda dapat masuk ke Raudhah... berdebarnya...
Eynda dapat slot pukul 9.30 pagi... Hubby & Adam dapat slot 2.30 pagi hari yg sama...
Oleh kerana kami buat umrah DIY, kami beratur asing dari yg datang dgn travel agent...
Beratur kat dalam pun asing dari yg ada group besar...
Alhamdulillah semua dipermudahkan... tak tunggu lama pun dah boleh masuk... tapi time nak masuk tu ada group yg masuk sekali jugak maka sesi berlari-larian tu boleh nampak la hehe...
Tak ambik gambar atau video sangat la kat dalam ni... Eynda nak fokus! Alhamdulillah terima kasih Allah izinkan eynda sekeluarga masuk ke Raudhah...
Keluar dari Raudhah kami berhenti kat sini lagi... kawasan ni kawasan utk mengirimkan salam kepada Rasulullah SAW...
Pintu 33 adalah pintu utk jemaah lelaki sahaja utk waktu solat... tetapi selepas subuh, pintu 33 akan dibuka utk jemaah wanita masuk ... bila masuk sampaiiiii ke penghujung, kita akan berada bersebelahan Raudhah tapi ditutup dgn kain macam tirai tertutup...tak boleh la nak curi2 masuk Raudhah kot situ ye.... tapi masih dekat dgn Raudhah... kat sini keadaan agak tenang berbanding di Raudhah... mungkin semua sangat beremosi kan...so boleh la lakukan solat2 sunat kat sini... kawasan tu dibuka hanya sampai 10.30 pagi, jemaah wanita akan keluar utk persediaan jemaah lelaki masuk semula di ruang masjid...
Eynda takde rezeki nak saksi bumbung atas tu buka & tutup... takpe... mungkin eynda boleh tengok bila pegi lagi InsyaAllah...
Sebelum balik ke bilik kami tapau AlBaik & makan dalam bilik aje....
Sekian entry kali ini... tq ye sudi baca blog eynda 💖
No comments:
Post a Comment