Tuesday, March 24, 2015

Resepi Omelet Muffins.




Assalamualaikum....



Pagi ni eynda sarapan dgn Omelet Muffins! :-)

1st time eynda try buat... mudah je... tapi ambik masa dlm 30 minit gak la...selalunya eynda guna frying pan tapi style tu nak kena makan dgn sudu garfu... yg ni boleh je nak pegang macam makan cucur tu... kalau nak berstyle jugak boleh je guna sudu garfu...mana-mana pun boleh... mudah jugak utk buat bekal ke sekolah atau tempat keje ;-)



Tadaaaaaa..... ni hasil panas2 dari oven tadi....





Lepas snap gambar wajib makan panas2... kalau dah sejuk nanti panaskan je dlm microwave kan....


Eynda nak share resepi kat sini... actually kalau google pun banyak resepi Omelet Muffins ni... diaorg letak macam2... tapi resepi eynda ni dah tentu guna sukatan eynda sendiri kan...


Resepi Omelet Muffins.



Bahan :
=====

* 4 biji telur Jumbo. (Dlm google diaorg guna 6 biji telur...4 biji jumbo ni elok2 utk 6 bekas acuan eynda tu ).

* Susu dutch lady full cream (dalam 2-3 sudu besar).

* Sedikit garam & serbuk lada hitam.

1 sosej dipotong kecil. (eynda guna ayamas yg ada mushrooms).

Capsicum dipotong kecil2. (Anggar aje utk 6 acuan).

Shredded cheese. (Kalau takde yg hiris2 tu, boleh guna kepingan cheese biasa jugak).

Acuan utk membakar muffins.

Cooking spray.


Cara:
====

1) Panaskan oven pada suhu 200c selama 10 minit.

2) Campurkan bahan bertanda *. Kacau sebati....

3) Sembur cooking spray kat acuan muffin.

4) Masukkan sosej & capsicum dlm acuan... pandai2 la adjust bagi cukup2 semua acuan ye....

5) Tuang adunan telur tadi dalam setiap acuan. Eynda tak tuang penuh sangat... dalam 3/4 acuan je.

6) Tabur shredded cheese dalam acuan.

7) Bila oven dah panas dalam 10 minit tu masukkan acuan dalam oven.... bakar dalam 20 minit...ni ikut oven eynda... boleh ikut style oven masing2... nak tau masak ke belum cucuk je muffin dgn pencungkil gigi (yg bersih! haha)... kalau tak melekit kayu tu kira dah masak le...total eynda guna oven 30 minit.

8) Hidangkan panas2.... boleh je letak bahan macam2 janji ikut size acuan ye... nak lagi lembut mungkin boleh lebihkan susu... cheese letak banyak2 lagi sedap! :-D


Sekian rancangan masakan pagi ini.... dah makan 3 biji... simpan 3 biji lagi utk minum petang.. :-)












8 comments:

ana said...

hihi...mcm rancangan memasak bersama eynda eh.....nmpk sedap muffin eynda
eynda..boleh la sy try...sejak dah diet karbo ni...mcm2 resepi sy berasaskan telur...hihi

Kakcik Seroja said...

Kalau duduk dekat, mahu kakcik 'mengecek' yang 3 biji tu untuk kakcik... :)

Kekzamanis said...

Wah! Senang je rupanya.. Tapi takde oven.. Sadis.. huhu..

dear anies said...

lapo da ni kak oiiii ;-)

izzeyda said...

wahh sedap.. tetiba rasa lapar..

Chik Na said...

nampak di Fb eynda semalam.. da masuk list utk di eksperimen kan..

Akak Kembang said...

mcm senang jek...hehehe

arysha_fayyadh said...

Assalam kak eynda,
alaaaaaaaaaahaaii
macam nak kena copy paste jer resipi ni
my boboboy dah la antu telor
kalo buat hat ni kaaaaaaaaa
pulun tak hengat la jawabnya he3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails