Wednesday, November 27, 2013

Movie Date : Free Birds.



Assalamualaikum........

Petang tadi eynda bawak anak-anak pegi tengok movie, Free Birds. Actually plan nak ajak semalam... tapi macam malas la pulak.... hari ni tengok diaorg macam mati kutu je kat rumah... spontan ajak tengok movie... seronok la diaorg...

Bukak website MBO showtimes...paling sesuai citer tu je la... pilih yg paling dekat dgn rumah sebab mama diaorg ni malas drive jauh2 ... so terjah Space U8, Bukit Jelutong....




Masa beli tiket tu.... tengok seat semua kosong... staff tu kata belum ada pembeli tiket.... pilih seat D8, D9, D10.... tengah2 ok... awal beli tiket tu... 2pm... show start 3.25pm.... lepas beli tiket pegi makan kat foodcourt dulu... jalan-jalan cuci mata kat kedai2.... baru la pegi balik ke cinema...





3pm dah terpacak kat cinema.... beli popcorn utk Adam...lepak2 dulu... 3.20pm baru dibenarkan masuk room 6....

Dah le room 6 tu hujunggggg kan... dekat dgn toilet hehe... maklum la mungkin room tu sesuai utk citer2 yg mak pak bawak anak2 hehe...

Pas tu kan.... masuk-masuk dalam tu gelap! Sunyi! Sejuk! Kosong!

Ehhh betul ke bilik ni?? Betul la bila tengok balik tiket.... kami 3 beranak macam panik kejap.... dup dap dup dap jantung ni.... takkan takde orang nak tengok citer ni??

Tak berani nak pi duduk kat seat kami ... pandang depan...pandang belakang... pandang tepi.... tenung seat depan2 kat tepi tu... macam ada orang tapi tenung 2-3 kali takdelah!! Meremang pulak bulu romaku hehe....

Last2 ajak anak-anak berdiri kat luar pintu bilik tu dulu.... plannyer kalau takde orang jugak nak balik je la...waktu tu iklan2 dah start kat screen....masih tak berani duduk kat seat...

Tiba-tiba datang sorang wanita bawak anak sebaya Hannah... memang dia beli tiket lepas eynda beli.... legaaaa.... dia pun sengaja datang lambat skit sebab tahu takde orang.... ye ni orang betul2 ye kekekeke....macam suspen pulak kan... wanita dgn anak huhuhuhu.... 







Masuk la kami dalam bilik tu.... eynda duduk seat eynda...kebetulan wanita tadi duduk belakang kami..... dalam 5 minit kemudian baru laaaaa ada family yg masuk.... ada la dalam 5 family termasuk eynda hehehe.... bilik itu kami yg punyaaaa.... ye la setelah berdebar-debar awal2 tadi kan dehhhhhh.....

Jalan citer Free Birds ni menghiburkan jugak... citer pasal ayam turkey yg balik ke zaman silam utk hapuskan menu ayam turkey di hari Thanksgiving hehe... comel2 belaka.... sedih ada...lawak pun ada...show durations dalam 90 minit...

Satu je masalah bila pegi tengok movie dgn anak-anak ni... even kalau ada hubby pun... dah la sunyi sepi kan... nak pi toilet pun takutttt.... tahan la sampai habis citer ahahahah..... susah betoi! :-D





10 comments:

nohas said...

Saya suka tengok cerita kartun..menghiburkan..

izzeyda said...

Best ke movie nih?? Masa memula tgk iklan mcm nak bawak anak2 tgk movie nih.. Dah anak2 skrg ada kt kg, jd tlupa plak nk survey citer2 tkini kat panggung.. Ingat nak bwk anak2 tgk movie jgk sblm sek kembali bukak thn dpn..

mommy otai said...

Hye sis..miss u..amboi hannah dh tgi melaram mcm ank dara ya..blh tmbh dh tu *wink*

ZK said...

just nk share komen Ustz Hasrizal pasal filem ni ;
Reggie nampak apa yang masyarakatnya tidak nampak. Bahawa jagung yang ditabur adalah untuk menggemukkan mereka sebagai persediaan menjadikan mereka hidangan kenduri kesyukuran. Peladang yang diagung-agungkan itu pula, sebenarnya orang jahat. Tetapi pandangan Reggie ditolak semua. Beliau menjadi 'outcast'. Masyarakat ayam belanda hidup dalam ketakutan dan mencari penyelesaian-penyelesaian dangkal. Sehinggalah Jake muncul, menculik Reggie. Sebagai Presiden dan satu-satunya ahli kepada sebuah gerakan Turkeys Liberation Front, Jake mahu membawa Reggie untuk merentas masa pergi ke akar umbi permasalahan. Mereka perlu pergi ke tahun 1621, iaitu tarikh permulaan ayam belanda menjadi hidangan Thanksgiving.

Misi mereka ialah, MEMBUANG AYAM BELANDA DARIPADA MENU KENDURI KESYUKURAN!

Sebuah kisah menarik untuk kita ambil iktibar daripadanya.

Mesin rentas masa S.T.E.V.E adalah fiksyen. Namun merentas masa mencari akar umbi permasalahan semasa, itu boleh berlaku. Caranya ialah, MENGKAJI SEJARAH.

Sejarawan sering dianggap 'outcast' kerana nampak apa yang masyarakat dia tidak nampak. Mereka dianggap pelik dan gila kerana berpendapat demikian. Sejarawan merentas masa untuk melihat apa yang berlaku semalam sebagai punca kejadian hari ini. Dan keupayaan merentas masa meninjau sejarah itulah yang menjadikan Reggie THE GREAT TURKEY!
__________

Filem animasi ini mendapat review yang teruk. Namun saya melihatnya sebagai sebuah filem animasi yang menarik, tambahan pula jika boleh dikaji siapakah David I. Stern dan John J. Strauss yang menghasilkan naskhah segar ini.

Baiduri said...

Tingin nk bawak ank tgk movie gak...tp tasneem kecik lg, tnggu bsar ckit leh la tgk movie kt pawagam....hehe

Aishah Amin said...

the best kan movie ni??

visit my blog ON my journey to become a WAHM

ANIM said...

tengok movie kartun tapi ada unsur "seram" pulak dalam panggung, eynda. tu yg lucu

lily lotus said...

syok jugak tak ramai yg tengok. hihi

Akak Kembang said...

alin pernah rasa cam kak eynda rasa...bila takde org tengok cter tp lastly ada gak orang...hehehehe

dear anies said...

sm la kite kak...rela tahan smpi abis movie...hehehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails