Friday, January 11, 2013

Hannah & Persekolahan....


Assalamualaikum......


Pembukaan tahun 2013 yg agak meletihkan fuhhhh..... 

Sorang sekolah pagi.... sorang sekolah petang.... walaupun sekolah rendah tapi lain2 sekolah la pulak.... 

Time management eynda masih belum stabil.... sabar.... anggap ini dugaan & cabaran hidup hehe...

Kisah Hannah.... hmmm... nak citer panjang.... tapi eynda kesuntukan masa.... payah sungguh nak curi2 guna laptop sekarang.... masa agak cemburu dgn eynda lately :-D

Diringkaskan citer....




Day 1 Hannah masuk darjah satu.... jalan ke sekolah dah sesak terukkkk.... hari2 biasa 10 minit dah sampai area tu.... tapi day 1 adalah sejam ok... Hannah lewat 15 minit masuk sekolah... nasib ada yg membantu turunkan hannah dari kete ke kelas sementara eynda dapatkan parking...





Day 1 Hannah darjah satu... waktu balik pun sesak! Terpaksa parking 300 meter dari sekolah....


Seterusnya.....


Sekarang Hannah dapat tempat duduk bahagian hadapan sebab dia kecik :-)





Darjah satu sahaja!! 

Day 1 Hannah beli roti gardenia coklat kat kantin...eynda teman... hari seterusnya Hannah bawak bekal... senang citer... takut dia bersesak-sesak nak beli makanan, tak sempat rehat pulak nanti...

Day 4 mama dah tak tunggu Hannah kat kantin....





Perhimpunan sebelum masuk kelas.... melukis buat dia tenang... biar aje la...





Day 7.... mama belanja Hannah kat Secret Recipe sebab Hannah akhirnya tak nanges2 kat sekolah...

Hari ni.... mama balik lepas masukkan Hannah dalam barisan perhimpunan... alahai... perasaan bercampur baur today.... sebab sejak start sekolah mama tunggu sampai Hannah berjalan masuk ke kelas baru mama balik.... saje nak biasakan dia macam tu... anak2 org lain lagi la... yg naik van/bas sekolah kena pandai2 berdikari kan.... tadi Hannah nanges la kejap sebab mama cakap lepas ni mama takleh tunggu Hannah kat perhimpunan dah.... tapi mama ni kalau anak2 nanges mama lagi jadi garang huhu.... memang tak suka layan anak2 nanges.... nak tinggalkan dia tadi pun makesure dia dah leka.... tunggu citer dia balik sekolah nanti...


"Anak kita menangis mungkin kerana keresahan atau sound effect sahaja. Sabar la skit, tak lama nanti, hati kita pula nangis kesunyian. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka pula... " ~ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ~






8 comments:

IdaShazana said...

Mmg penat sikit tp demi anak2, sapa yg sqnggup mengelak

Adrina Adi said...

Sometimes you have to let them 'berdikari'. Lama2 dia okay la. Kadang2 kalau ibubapa melekat dengan anak jer, boleh mengganggu tugasan guru-guru. My kids school very strict. Day one lagi dah tak boleh tunggu anak. Masa rehat, guru yg akan ajar cara membeli etc etc. Of course, teachers knows best. InsyaAllah semua ok.

Selamat berjuang Hannah :)

yantisa said...

Kejap je masa berlalu , Hannah dah masuk sekolah ... nasib kita hampir sama .. hari-hari yang memenatkan . Balik sekolah dah pancit anak beranak .

LiAnA said...

Betul tu eynda.. Hati kena kering skit.. Dia nangis kita dtg pujuk mmg naik lemak lepas tu.. Budak2 ni cerdik, bila kita takder dpn mata pandai aje berdikari..

LiAnA said...

Betul tu eynda.. Hati kena kering skit.. Dia nangis kita dtg pujuk mmg naik lemak lepas tu.. Budak2 ni cerdik, bila kita takder dpn mata pandai aje berdikari..

Bitt (double IS) said...

bersabar ye kak...lama2 dia biasa...

Ina Hashim said...

Hannah makin comel.....sama la peel manja dgn Alysha...walau dah thn ke 3 pegi preschool, sama je drama 'sebek2' n airmata dia....tp improving la

suka kata2 ustaz Zawawi tu

iietamalek said...

suka dengan katakata ustaz zawawi tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails