Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan Separa 1st January 2010.....

Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.


Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.


Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!


Sumber : falakonline




Nak sangat2 lepak kat balkoni tengok gerhana bulan...sebab bulan betul2 kat atas kepala kalau berdiri kat balkoni nih....tapi rasa seram lak sorang2 lepak kat balkoni hihihi....kalau hubby ada berani skit :-p

Melepas la tengok gerhana bulan....bukan senang nak tengok pulak lambat lagi....

6 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

patut la bakal adik ipar i kecoh pasal nie...
hehehehehe...

IdzaLia said...

tetido malam td tak dapat nak tgk.. tp malam tu tgk bulan cantik aja..

ana said...

hai eynda....selamat tahun baru juga buat eynda sekeluarga...

takziah juga buat kawan hb n eynda...:(

illa said...

best tu dapat tgok bunga api..! kt tempat sy lampu jalan jer yg nampak.. haha

ABH said...

i pun melepasssss :(

Lady of Leisure said...

owh patut la org putih kata once in a blue moon..kan...
lady terlepas gak malam tadi sbb ngantuk n letih sangat plus senggugut di malam tahun baru... ekeke...
kak eynda, good news.. lady dah turun 2.5kg..
:)
happy sgt... teruja tgk kak eynda la ni tu yg lady ikut berdiet tuh..
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails