Friday, October 2, 2009

Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds.

** Update @ 11pm ** Esok pagi eynda & Hannah pegi jugak tengok pertunjukan udara tu...sape-sape yg nak pegi jugak tu....jumpa di sanaaaa... *wink wink*
~ dari pakcik google ~
Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang. Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat. Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM). Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009 Wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan sepanjang pertunjukan di adakan. Sumber : TUDM
Petang semalam sambil baring2 kat ruang tamu dgn anak-anak, heran pulak...mana datang jet pejuang tetiba je bising kat Shah Alam ni...
Rupanyer ada pertunjukan udara kat TUDM Subang....
Insyaallah hubby cakap esok nak bawak Adam pegi tengok. Eynda nak ikut jugak tapi boleh ke bawak Hannah ni?? Mesti bunyi bising kat sana kan....bila jet2 lalu atas bumbung kondo ni pun dah bunyi kuat sangat....
Kalau eynda & Hannah takleh ikut pun.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sila la bawak encik kamera kekekeke....

12 comments:

Ana Suzana said...

nakkkkkk sgt pegi..hubby pun nak sgt tgk pertunjukkan tu..tp mil ajak suruh balik kulai lak mggu ni..uwaaaa...

abg ipar ana (abg kpd hubby) org TUDM kat subang tu..dia lah yg bgtau..uwaaaa..melepas lagi...

Nieza Ishak said...

oo padan la dok dengar kapal lalu atas kepala jerk ... hikhikhik

kat kelana jaya ni bising bunyi kapal lalu atas kepala, derang buat training

esok balik puncak alam, takde can la nak neok ...

akak ambik gambar banyak2 ... heheheh

Azmiezas said...

Kita dah lama tak tengok airshow ni..dulu masa tinggal kat dlm base dulu selalu la tengok...best..n teruja gitu..

mamaorg said...

kin dulu darjah 4 g lawatan tudm, terus demam bila dgr kipas helikopter bpusing..apasal la lemah sgt..huhu

LiAnA said...

esok mmg kami pegi heheh... hby nk tunjuk anaknya itew kononnya.. tulah hby keje kat glenmarie.. dia ckp bisinggg yg amat.. nk berckp pun susah hahaha... yelah situ lg dekatkan

eynda said...

Ana...takde rezeki nak tengok ek... :-)

eynda said...

Nieza...kalau hubby akak nak bawak kamera, ada le gambar....takpe akak buat2 muka kesian...kesian kat adam takde gambar kenangan kikiki...

eynda said...

Azmiezas....last eynda tengok dulu LIMA kat langkawi masa tu belum kawin lagi...pegi dgn arwah abah & mama...

eynda said...

Kin..lorrr sampai demam hihi...kapal terbang boleh naik tak ni? :-D

eynda said...

Liana...nak bawak Aqil ekkk...alaaa mula la macam nak bawak Hannah hehe...

Kuacibunge said...

Sebab office koci ni kat bukit jelutong diorang buat rehearsal atas kepala jer...sebab tak tahan dengar bunyi yang best ni tadi ramai2 dengan officemate naik kat bahagian bumbung office tengok diorang buat formation...memang cun la...ingat esok nak pergi tengok tapi takde rezeki sebab kawan office nak beraya kat rumah...melepas Danish tengok jet...kalau silap skit sure jatuh atas kitaorang huhuhu...

::i.e.r.a:: said...

Opis iera kat USJ nih mmg bising dr semalam till hari nih..hari ni dia org buat akrobatik sikit masa lalu kat atas opis kitaorg..dia nampak kot byk "semut" dok tengok dr bawah.. hehheee..coz dia terbang x tinggi la...tp besok x pat pegi la eynda...nanti snap foto tau.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails