Monday, May 11, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nur Bahyah

Copy & paste dari email yg eynda dapat....mana2 email yg bermanfaat eynda akan share kat blog utk rujukan eynda jugak. Tengah sapu sawang dlm inbox hehe....
1. PUJI 
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua 
aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi 
pertolongan. 
2. PELUK 
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain 
sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh 
kasih sayang. 
3. PENGHARGAAN 
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 
4. PERHATIAN 
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan 
pasangan terasa diabaikan. 
5. PERSEFAHAMAN 
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya 
masing-masing. 
6. PERGAULAN 
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang 
lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu 
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 
7. PERCUTIAN 
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang 
jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. 
8. PERMOHONAN 
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami 
isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 
BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN 
DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH 
AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI KURANGKAN PANAS BARAN SUAMI. KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH. 
APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA 
AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG. 
KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA 
BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA 
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,? KATANYA. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails