Showing posts with label gardening. Show all posts
Showing posts with label gardening. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Halaman Rumah Ku.....


Bersambung dari citer sesumpah yg dah kena pindah & "pokok rambutan" yg dah kena cantas.....sebelum pokok tu dicantas kami telah menerjah kedai pokok bunga di sungai buloh.... sape2 yg nak beli pokok/pokok bunga murah2 pegi la lot 61 sebab memang murah betul....rambang mata eynda tengok pokok2 bunga... 3 RM10....2 RM10.... 1 RM8....kalau boleh nak borong banyak2 tapi nanti nak tanam kat mana pulak kan :-D

Oleh kerana rumah kami kurang "seri" sebab takde bunga-bungaan...beli la bunga Daisy..... 3 pasu RM10....



Nampak kat mana bunga Daisy??



Beli 6 pasu kecik bunga Daisy....harap2 terus hidup ye.....patutnyer beli lagi & tanam rapat2...mesti lagi lawa...



Daisy kan?? Hehehe...eynda tak kenal sangat bunga2 ni....



Bunga ni siang hari dia kembang...malam dia kuncup....




Ni tempat "pokok rambutan" dah diambik alih oleh pokok paku pakis....nampak kemas skit coz berpasu...cuma rumput2 tepi pasu belum elok sebab terganggu masa cantas "pokok rambutan"...nanti paku pakis tu akan membesar bagai johan....



Dan hati eynda meronta-ronta nak beli bunga ni utk letak kat dapur comel eynda ....tambah2 bila nampak pasu 4 segi tu...lagi le meronta nak beli.....hubby jeles...dia kata baik letak atas meja kecik kat pergola....eehhh lain kali kita pi shopping bunga lagi boleh beli....tiap kali masuk dapur tengok bunga ni mesti hati berbunga riang...tak tau pasal apa eynda selalu nampak bunga2 atau pokok selalu macam tersenyum tambah2 bila lepas eynda siram pokok...macam ada bonding antara kami...serius...tak cakap merapu ni :-D



Tadaaaaa.....ini la dapur comel eynda yg ramai sangat nak tengok tu....dapur simple je tapi bagi eynda sangat comel macam tuan dia muahahaha....cukup la gambar ni kan...takyah la satu dapur....nak tengok live datang je rumah ;-)


Eynda plan nak letak bunga orkid atas meja kecik kat pergola...tempat tu teduh...mesti klasik... lagi satu eynda berangan kalau bunga daisy depan rumah tu ditanam sepanjang dinding pagar tepi mesti cantik kan... :-)










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails