Wednesday, November 16, 2016

Kidzania 2016....


Assalamualaikum....


Cuti Deepavali hari tu (amboi lamanya ambik masa nak citer kat blog ni...).. Eynda ke Kidzania dgn anak-anak... rombongan bersama kawan2 tuisyen Adam & Hannah sebenarnya... memandangkan eynda kenal cikgu tuisyen diaorg ni...kenal rapat mak2 yg lain jugak, maka rombongan ni ibarat menyelam sambil minum air lah utk mak-mak... sambil bawak anak, kami lepak2 la....




Plan asal nak sewa van sekolah... tapi macam tak cukup sebuah van sebab ramai...lagipun lebih afdal mak2 yg bawak kete , lebih mudah lebih jimat lebih selamat.... total kete yg pegi 3 buah... semua dalam 20 orang bahagi2 la dgn 3 kete... dun worry kete semua besar2... hannah dah tentu pilih naik dgn bff dia ...



Kami sampai kat The Curve 9.30am... awal pulak... so lepak2 dulu... kedai pun belum bukak...




Dah dapat duit...





Mula2 masuk semua pakat blur... tak tau nak buat apa... yg remaja kami biar buat hal sendiri la... dah besar... anak2 baya Hannah ni mak2 pantau... nasib baik ada sorang staff offer aktiviti utk hannah & the gang... rupa-rupanya buat show menari sempena bulan Halloween.... 




Ikut hati nak ajak posing dgn diaorg ni tapi segan la pulak... takpe dia posing khas utk kamera eynda hihihihihihihi *gelakmengilai*.....




Yang ni macho sikit... eynda rasa dia hensem jugak masa belum jadi hantu la...


Lepas menari atas balkoni tadi hannah & the gang kena ikut hantu2 tu buat halloween parade keliling kidzania tu...iskkkk...nasib baik la anak2 kami tak lemah semangat coz sebelum parade diaorg duduk dalam theatre hall dengar taklimat...satu demi satu hantu keluar perkenal diri time tu...







Lunch provided... sebab beli tiket harga pekej...



1st time dlm hidup hannah mahu makan burger dan dia suka dah burger... cerewet sungguh bab makan...




Sambung lagi aktiviti... melukis dgn mata tertutup...




Hasilnya 😂😂😂




Eynda dgn mak2 yg bantu jayakan rombongan ni... jenuh ok nak handle budak2 kecik...anak sendiri...anak orang lagi 😂😂 tapi alhamdulillah semua berjalan lancar... staff kidzania panggil kami "cikgu" hehe...






Sesi bergambar termasuk dlm pekej tiket...


Dah letih dgn aktiviti di kidzania kami terus pulang ke rumah masing2... dalam 3pm bertolak balik maklum la nak elak sesak geng2 balik keje kan... enjoy sangat beramai-ramai walaupun masa agak terhad... moga ada masa lagi buat aktiviti macam ni dgn anak2 ...





Btw... masih ingat dgn Ejaz & Muslim?? #surihatimrpilot 😂😂😂










5 comments:

Adam said...

Menarik. Saya kalau ada anak kecik, saya bawak ke situ. Nampak cantik di situ. Yg paling cantik gambar Eynda dgn mak2.

Boleh download tak?

chris said...

Hello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
++++++
Hello! hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wahhh ramainya anak akak..kiki

Akak Kembang said...

hehhee...syok jugak kat situ

adianiez AIDA said...

aida plan nak gi cny ni.
tapi tu la. mr.asben lom approve :(
nak perabihkan kidzos.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails