Wednesday, January 13, 2010

Mereka Ada Di Mana-mana......

Dua anggota Geng Roy ditembak mati


SHAH ALAM: Polis menembak mati dua penjenayah warga Indonesia yang dipercayai anggota ‘Geng Roy’ di Puncak Perdana, Puncak Alam di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Don, 30 dan Ferdi, 20.


"Don dipercayai adik kepada Roy yang juga adalah ketua geng penjenayah itu yang juga mati ditembak polis di Jalan Merak Kesuma, Kayangan Height di sini, Ogos tahun lalu," katanya.


Khalid berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.


Kedua-duanya ditembak berhampiran kawasan tangki air yang dipercayai sering digunakan mereka sebagai tempat transit setiap kali sebelum dan selepas mereka melakukan kegiatan pecah rumah.


"Pada mulanya, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang mendapat maklumat tentang mereka bergegas ke sebuah tangki air di kawasan berhampiran dan menemui sebuah motosikal yang ditinggalkan suspek.


"Tiba-tiba muncul dua lelaki di situ dan mereka enggan menyerah diri apabila diarah berbuat demikian. Mereka sebaliknya menyerang polis dengan dua bilah parang," katanya.


Khalid berkata, polis terpaksa menembak mati kedua-dua suspek yang bertindak agresif dan meluru ke arah anggota polis.


Beliau berkata, turut ditemui di tempat kejadian ialah beberapa bilah pedang buatan sendiri, topeng muka, pemutar skru, alatan pemotong dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.


Katanya, motosikal yang digunakan kedua-dua suspek juga didapati sebagai motosikal curi.


Khalid berkata, dengan tumpasnya kedua-dua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 17 kes samun dan pecah rumah di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. - Bernama









sumber : sini

Gambar takmo besarkan coz tak suka tengok ada mayat...tapi nak letak gak...what to do hehe...




Sekarang ni nak pegi mana pun kena hati-hati kan...even duduk kat rumah pun kekadang bahaya....kejadian pagi semalam berlaku dekat je dgn Cahaya SPK....!

Tadi masa tengah tunggu Adam kat sekolah, ada member citer rupanyer ada kes samun betul2 masa orang ramai dok tunggu budak sekolah keluar...eynda tak sedar sebab duduk dlm kete jauh skit dari sekolah...rasanyer ramai yg tak sedar sebab tengah sesak2 & sibuk....nak jadi pun mesti sekelip mata kan.....depan sekolah pulak tu...dlm sesak2 kenderaan kiri kanan jalan....diaorg naik motor..pukul cermin kete dgn helmet & ambik handbag kat tempat duduk passenger tepi pemandu....silap pemandu tu jugak la pi letak handbag kat situ kan...lepas dengar tu eynda jadi seram sejuk la....kami semua duduk kat bus stop depan sekolah tu hari2 tunggu anak masing2....Hannah pulak jenis suka pegi sana sini takmo duduk diam dgn eynda...risau jugak bab keselamatan...mana tau orang dok aim kan...mintak simpang!!

Ada sesuatu yg eynda nampak last year masa nak ambik adam kat skool...masa tu eynda tunggu dlm kete coz hannah tido....rasa tak selesa nak citer kat blog sebab eynda tak tahu sape yg dok baca blog ni kan...cuma eynda pesan kat semua & diri eynda sendiri...hati-hati la walau kat mana kita berada....jangan leka sangat....coz kita tak pasti sape yg dok perhati kita & apa niat diaorg...apa-apa yg rasa pelik jangan ambik mudah....demi keselamatan....





Semoga kita sentiasa dilindungi dari bahaya.....





31 comments:

Lady of Leisure said...

ya ampun.. takut kan.. skrg ni bahaya ada dimana2.. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah swt..

Ana Suzana said...

kak eynda..
hubby kata kat tangki air sblh kwsn perumahan ana ni je..kat tangki simpang traffic light nak masuk umah ana..kol 5 pg katanya kejadian tu.. seram kan kakkk..

LiAnA said...

tulah.. duduk rumah pun kena selalu beringat kunci pintu.. eynda nanti dh duk umah sendiri gate depan tu solex selalu...

siang2 pun merompak umah org.. org ramai takder dh gi keje time tu

Unknown said...

sng cite..dimana je kte berada, kena alwez take care...

zarin said...

takutkan skrg ni...memang kena sentiasa hati2 walaupun kat rumah sendiri

Lia said...

takut kan dengar citer2 mcm tu.. Lia skrg tgh praktik tak bawak handbag sgt.. cuma botol susu khalid ni je bubuh dlm beg yg dia galas sendiri.. takut jugak lah kan.. kena berjaga2 lah..

Unknown said...

Perkara perkara macam ni memang sangat merisaukan . Tawakal pada allah je la.

MommyCT said...

isk..takutnye. i ni pun ambik anak2 tiap2 hari dah skrg. pastu kat kedai ni ..isk ..ngeri2.

Azirahman said...

memang sentiasa kena berhati2...masih teringat2 rumah dipecah masuk 2 tahun lepas di ketika sedang lena diulit mimpi jam 4 pagi...sampai sekarang masih fobia dan selalu terjaga di tengah2 mlm, pastu tak leh tido....nasib baik tak diapa2kan kami sekeluarga....tawakkal kepada Allah....

sweets said...

takutnye....kena peka..
di mane2 jenayah bole berlaku.
skarang ni mcm2...

Ella said...

kat mana2 pun bahaya ada skrg ni.
especially bila drive sorg2 pun rasa takut dgn mat2 motor yg menyelit time jem.

semoga kita di jauhi dr benda2 yg tak diingini. Amin

eynda said...

Lady...tu la takut kan...akak ni dah jadi fobia sejak 2-3 minggu ni dok dengar citer2 cam ni...moga kita dilindungi Allah swt...

eynda said...

Ana...ha'ah kat situ ler...pondok yg diaorg letak senjata semua tu sebelum ni ada kat Kayangan Heights tu...takut kannn...

eynda said...

Liana...kompen kunci semua pintu/gate....mintak2 ramai la yg tak keje kat area rumah nanti hehe...

eynda said...

Mia...betul....alert dgn sekeliling...

eynda said...

zarin...betul...rumah kat kondo ni tuannyer tak letak grill...agak takut jugak mana tau ada org takde keje panjat masuk rumah kita lak..sini pun banyak kes pecah rumah...mintak simpang ler...

eynda said...

Lia...dulu akak hati2 jugak...lately macam leka skit...bila dengar citer cam ni pegang beg duit pun takut....

eynda said...

tifa..ye kan...tawakkal je berdoa semoga kita tak terkena...

eynda said...

mommyct...hati2 yer...duit/barang kemas satu hal...anak2 pun satu hal kena berjaga-jaga gak.....

eynda said...

azi...ye ke..isskkk takutnyer...eynda pun kekadang terjaga malam2 dok pikir benda2 macam tu la...apalagi azi dah ada pengalaman...alhamdulillah diaorg tak kacau tuan rumah....

eynda said...

sweets...betul tu...

Unknown said...

oh cakap bab penjahat ni mmg very scary. ni na nyibuk panjang sket.

ada seklai tu my kids sakit. so mak abah pun mai lepak umah. around 4.30am mak abah balik. around 4.45am sy selak langsir sbb dengar orang bukak gate. ingatkan abah la since abah ada kunci dan orang tu bukak gate (solex) within 15 seconds jer. so i really thought it was my abah. tak pakai spek masa tu. so pandangan kabur 9saya ini rabun jauh). but yang peliknya...awat abah ni pukoi 4.45am teruih masuk and dudok ataih big bike hubby. buang tebiat ka my abah ni. and then less than 1 mins that guy started the big bike engine. my god...dah sah bukan abah. i ran to the main door & jerit pencuri3. lari lintang pukang that guy. but kawan dia dah tunggu dgn kapchai kat luaq. camtu lah cita dia.

ada sambungnya actually...but nanti nyemak umah enyda plak. hehehe...

eynda said...

ella...yesss...mama & mil eynda selalu pesan kalau rasa ada org ikut belakang kete cuba cari balai polis atau tempat org ramai....member citer dia pernah kena kejar dgn kete dari batu 3 shah alam sampai ke plus tol nak ke putrajaya....dia pecut sampai 170km/ph!! Time tu tak ingat apa dah sebab takut...nak pegang phone pun tak terpikir...nak tengok number kete pun tak nampak sebab kete tu kejar dekat betul dgn kete dia....nasib baik kat tol tu dia guna T&Go...kete yg kejar dia tu takde T&Go so kena bayar duit, sesak...terlepas la member eynda ni...takut ler...

eynda said...

comeybelako...huih..nak curi big bike la tu...nasib baik kita nampak kan...kalau tak free je dia dapat big bike tu..jual la kot...dapat duit banyak....ehhh...citer la kat blog...ke dah pernah buat entry pasai ni??

Zana said...

adoi la....malaysia sekarang ni dah tak selamat, kenkadang kalo tgk org tu susah mcm kete rosak ke ape ke mesti takut nk tlg, kot2 nyamar nak rompak kita ke...takut kan, terpaksa la buat tak reti...

Ray said...

Baca kat paper, kerajaan pun dah announce katanya nak wat operasi habis2an buru pendatang asing. Mintak2 takdakla hangat2 taik ayam je kan. Memangla tak semua jenayah kat Mesia ni orang asing yg buat, tp sejak kebanjiran depa ni makin meningkat plak kadar jenayah, so jadinya kita pun otomatik dok pikir depa yg wat jenayah. Memang tak adil, tp apa nak buat.

So mintak2 gomen pun ketatkan lagi syarat kemasukan orang asing kat sini. Biarla orang kata Mesia ni sombong ke apa. Asal penduduk semua selamat betul takk..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

risau i dengar tentang tue...
lagi² hannah...
pls sis...
jaga diri lok²...
huhuhuhuhu...

Bitt (double IS) said...

betul kakk kite harus berhati2 walau dimana kkite berada..tu saya selalu berlari kejarkan ismeth kalo dia terlepas jln ape lagi iskandar terjerit2 saya pangil diaa kalo hilang dr pandangan.

queline said...

kena sntiasa berhati2 eynda...yg duk umah mcm sy ni pun kena hati2 gak...memang sntiasa pastikan pintu sentiasa berkunci...tambah pulak, kat sini, kejiranan mcm tk de..memasing wat hal sndrik...

yg ada rutin harian pun kena hati2 gak..takut org aim..tahu jadul kite mcm mana...

NJ said...

salam eynda...
kena lebih berhati2 dan alert pergerakan hannah dan time adam keluar kalau hujan kan jem..eynda kena dtg awal dpt parking dkat dgn pagar keluar..skrg ni mmg mcm2 bahaya..tgok org agak curiga tel jer 999..

yg pasti alert pergerakan anak2..
seram akak dgar la..cuma kita ni boleh mohon dijauhkan jer perkara buruk tu..

Anonymous said...

takut... mintak dijauhkan semua ni... kita kn alert aja kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails