Jumaat lepas Adam nak pegi sekolah, dia kata macam nak demam. Ada la suhu skit. Elok je eynda cakap nak bagi makan panadol, terus dia kata dia dah baik....penakut makan ubat betul! Pas tu petang, balik dari swimming pool, dia kata nak demam pulak...tapi bila pantau takde apa pun....
Petang semalam hujan so dia tak mandi kat pool...just main dgn kawan2 kat rumah salah sorang daripada diaorg. Balik rumah dengar suara dah lain....dia kata macam demam....pegang pun memang panas badan dia. So eynda cairkan panadol kanak2 2 bijik pas tu suruh dia telan...nak telan sebijik2 dia tak reti...penakut pun ye jugak....tido malam eynda tak pasangkan ekon kat bilik dia....pagi tadi suhu check 37.7c. So eynda cakap takyah gi sekolah, takut nanti demam kuat kat sekolah susah....
Dah dekat 12pm baru bawak dia gi klinik. Bila doktor check suhu dah naik 39c.....dapat 2 ubat demam...satu gap 6 jam...satu lagi gap 8 jam....dgn satu antibiotik....
Today tak sempat masak so tapau je nasi kat cafe bawah ni...elok dia makan je habis keluar balik....eynda agak suhu badan dia meningkat time tu....selalu gitu...kalau demam suhu tinggi dia akan muntah.....suruh dia minum air masak...dekat 1 liter gak habis kat dia tadi....ganti balik liquid yg hilang masa muntah tadi...pas tu suapkan ubat...nangis2 dia takut makan ubat...padahal ubat semua manis2 oren & strobery....
Doktor bagi MC 2 hari....hari ni & esok....ni dia tengah berehat....suruh tido tak tido pun...tapi dia baring2 sambil tengok tv...harap2 cepat la sembuh...sebab selalunyer lepas makan ubat pun dia muntahkan balik so lambat la baik...kekadang 2-3 minggu demam tak kebah....kali ni nampak gaya ubat masuk 100% dalam badan....moga cepat sembuh....
Kat klinik tadi....suka pegi klinik ni sebab tak ramai orang hehe....yg UMRA kat sebelah tu boleh jadi sejam pun masih belum tentu dapat jumpa doktor....ramai betul pesakit dia...
Anak dara ni tak habis2 tunggu depan pintu bilik doktor....ramah pulak hari ni...sape yg keluar dari klinik dia akan babai :-p
Muka lepas uwek-uwek keletihan.....
No comments:
Post a Comment