Sunday, November 10, 2024

Umrah DIY 2024 ( Masjid Quba & Jabal Uhud)

 Assalamualaikum & Hi semua!


Sambungan dari kisah umrah DIY sebelum ni... masa kami pegi tu musim sejuk ye kat sana... sebelum pegi kami tengok suhu macam dah naik sikit la kat sana... so tak prepare sweater ke hoodie ke...tapiiii... hari ke2 kat sana keluar je dari hotel wahhhhh sejukkkkk sangat....sampai ada masa tu singgah kedai Bin Dawood cari hoodie etc tapi tak beli la pun sebab rasa nak enjoy cuaca sejuk tu...



Kenangan solat subuh luar bangunan Masjid Nabawi dgn cuaca waktu tu 12c! s
Sejuk sampai ke tulang... sambil solat tu kalau angin lalu wahhhh sejukkkkk je... eynda banyak solat luar bangunan masjid sebab kat dalam masjid selalu penuh sesak... 



Risau jugak sebenarnya dgn anak dara ni... takut dia tak tahan sejuk & demam...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan... kami sihat walafiat sepanjang kat sana...



Tempat favourite eynda utk solat... luar bangunan dekat dgn gate 338..selalu cepat2 ambik saf paling depan ni... saf sini menghadap direct dgn Raudhah di dalam...




Selepas solat Subuh..MasyaAllah sangat cantik langit pagi... Eynda sepanjang kat sana tak pernah bertembung dgn payung terbuka tertutup depan mata tapi takpe bukan rezeki eynda... 




Lepas subuh kami balik ke hotel utk bersarapan... 




Mulakan perjalanan ke Masjid Quba... 




Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud " Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah"...

Kami ambil wuduk siap-siap sebelum keluar hotel, menuju ke Masjid Nabawi lalu teruskan perjalanan ke Masjid Quba, berjalan kaki anggaran 4km lebih kurang 45 minit perjalanan... kalau taknak berjalan kaki boleh naik buggy yg disediakan tapi ada caj bayaran...



Masjid Quba adalah masjid pertama & yg tertua yg dibina oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.








Alhamdulillah berpeluang menunaikan solat sunat kat sini...




Luar perkarangan Masjid Quba...




Adam tengah baca whatsapp mama dia...mama bagitahu nak jumpa kat mana hehe..







Seterusnya kami ke Jabal Uhud.. Bukit Uhud ni adalah bukit yg dijanjikan di Syurga kelak & menjadi saksi syahidnya para syuhada...




Makam para syuhada dalam perang Uhud..



Nikmati aiskrim Mango yg dijual di area Jabal Uhud... sedap!

Lepas tu kami balik terus ke hotel utk berehat & tunggu waktu solat seterusnya...


Setakat ni dulu entry eynda... tq sudi baca blog eynda ye 💖



































No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails