Assalamualaikum....
Raya kan hari Ahad.
Kami bertolak balik ke Kedah hari Jumaat. Hubby dah start cuti. Anak-anak pun dah cuti sekolah.
Tapi kami tak terus balik Kedah.
Seperti tahun sebelumnya, kami tidur di Ipoh satu malam dulu. Di hotel yg sama macam tahun lepas.
Jammed la jugak highway. Tapi tak terasa sangat sebab separuh perjalanan aje. Stop kat Ipoh kan...
Kami menginap di Syuen Hotel. Petang tu lepas berehat kami lintas jalan aje ke Ipoh Parade. Ada shopping mall depan hotel ok. Tu yg suka tuuuu....
Berbuka puasa kat Ipoh Parade aje.... pastu jalan shopping-shopping....
Pukul 4am bangun siap-siap turun sahur kat restoran dalam hotel.
Nasi goreng sedappppp... ikut hati nak tambah lagi tapi takut baju raya tak muat. Ye la tu haha... tapi jujur cakap 2 tahun berturut-turut sahur kat hotel ni... rasa macam makan di rumah cara masaknyer...tak mengecewakan.
Ada beca raya dalam hotel.
Lepas sahur balik ke bilik... check-out dalam pukul 10-11 pagi, teruskan perjalanan ke Kedah...Alhamdulillah walaupun perjalanan agak slow tapi sampai dgn selamat.
Kami sampai di Kedah disambut oleh kucing oren ni! Dah besar diaaaa... :-)
Malam tu berbuka puasa kali terakhir Ramadhan tahun ni di rumah mama eynda ni.... pastu malam sikit pegi rumah sebelah hubby pulak sebab anak2 sedara nak main bunga api dgn Adam & Hannah...
1 comment:
ohh hotel syuen, teringat lagi masa belajar poli kat sana dulu.. kerap juga lalu kawasan tu jika keluar di hujung minggu..
Post a Comment