Friday, April 7, 2017

Zoo Negara Mac 2017.




Assalamualaikum....


Cuti sekolah bulan 3 yang lepas, Eynda & keluarga ke Zoo Negara.... ntah macam mana boleh terpikir nak ke sana... bagus la sebab dah lamaaaaa tak ke Zoo Negara... asyik pegi shopping mall je kan.... 

Kami pegi di pagi hari..... takde la pagi sangat sebab singgah breakfast kat kedai makan dulu...sampai dalam 9.30 pagi di zoo, masa sampai tu zoo belum sesak lagi... best... harga tiket boleh check kat website Zoo Negara ye :-)




Perjalanan dalam zoo bermula... jumpa si dia dulu.....





Comel-comelnya! Semua tengah tunggu waktu sarapan....ehhh yg hujung tu tengok kamera eynda rupanya haha...





Penat berkawad dalam kawasan zoo tu... tempat ni la kami nak tuju sebenarnya.... Hannah merajuk time ni sebab dia kata semua bear tinggi dari dia...





Baru tau eynda sama tinggi dgn beruang panda :-D





Haaa ni baru panda betul... comel sangat la tapi terpaksa tahan diri dari menjerit teruja... sebab kita tak dibenarkan bising bila masuk dalam kawasan panda ni... Panda ada baby sekarang tapi time kami pegi ni tak nampak pun babynyer...





Pemalasnyaaaa hahaha... masa kami masuk ni semua panda tidur.... kalau bergerak pun selangkah dua pastu baring semula....





Yang ni sempat la tengok dia bergerak dari tanah naik ke atas sambil panjat tangga tu....kat dalam tu dah la ada aircond... ada bunyi air mengalir...tenang je sebab semua pengunjung diam... tengok pulak haiwan bulat yg comel tu....pastu semua orang rasa ngantuk asyik menguap je... sebab terlalu tenang haha...





Ada cafe sebelum keluar dari bangunan rumah panda so singgah minum jap hilangkan ngantuk dan dahaga... beli cupcake pun rupa panda...





Sambung jalan-jalan lagi.... jumpa si kucing belang ni... apa la dia pikir time tu... berendam dalam air pastu ngadap dinding... kita panggil-panggil dia, sebelah mata pun tak tengok kita...





3 jam jugak la kami kat zoo tu... puas hati... berpeluh-peluh... kira satu senaman jugak la bila jalan-jalan dalam zoo ni... bagus bawak anak-anak ke tempat macam ni... sambil-sambil belajar tentang haiwan... contoh kalau dulu Hannah tengok unta... "owhhh ni la unta..." Sekarang tengok unta..." atas badan unta tu bonggol... unta menyimpan air dalam bonggol tu..." etc... gitu la... :-)






4 comments:

Zie Azi said...

salam kak,
lamanya zie tak ke zoo, ada plan nak bwk budak2 ke sini, tp memandangan cuaca tak berapa cntik, hold dulu..huhuu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

belakang umh mak mertua ila haha

LYAfrina said...

Dah pergi bawa fsya tahun 2015 dlu..malangnya time g dulu hujan lebat...maka...duduk kat kaunter je la.. Hangus duit beli tiketπŸ˜…πŸ˜…

ctsueraya Mansor said...

tengok entry kak eynda part pand atu terus rasa teruja nak gi zoo, last g masa iols darjah dua rasanye..hahahaha zaman batu masa tu ;P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails