Assalamualaikum.......
Salam Aidil Adha utk semua.....
Tahun ni satu pengalaman yg baru, eynda & family beraya di rumah sendiri.... Pagi2 bangun lepas solat subuh eynda panaskan ketupat rendang yg dibawak oleh mertua dari kampung.... kemudian semua bersiap dlm 7.45am ke surau utk solat raya...
Suasana terasa lain la... dah biasa kat kampung berkumpul sanak sedara kan... kat sini meriah kat surau, pastu balik rumah rasa biasa je... lepas hubby solat Jumaat nanti Insyaallah akan ke rumah abang ipar kat Sungai Penchala... mertua pun ada kat sana... keluarga sebelah hubby berkumpul beraya kat Sungai Penchala tahun ni.... oleh kerana cuti cuma 3 hari, tak sempat nak balik utara...dgn sesak highway lagi kan... dah call mama eynda, kami akan balik ke utara cuti sekolah nanti... Alhamdulillah apa-apa pun bertolak ansur itu penting kan...
Moga semua menyambut Aidil Adha dgn penuh kesyukuran.... kita berpeluang lagi meraikannyer...Alhamdulillah....
Esok pagi upacara korban akan diadakan di surau Cahaya SPK ni... lepas dah selesai korban baru eynda jenguk kot... takmau tengok masa kena sembelih...tak sanggup huhu...
3 comments:
salam aidiladha dari kami sekeluarga
salam aidiladha...dan selamat bercuti
selamat hari raya kak
Post a Comment