Thursday, April 30, 2009

Kena marah....

 
Kenapa Hannah menangis??
Tengok la comotnyer dia....
Sebab..........
 
Dia main masak2 dgn air kotak dutch lady!! Siap tepuk2 lagi carpet basah tu!! Eynda dgn secara spontan sudah babap dua2 tangan dia...haaa...jangan bagi mama marah....kalau buat jugak lepas ni tak tau laaaa....
Posted by Picasa

Resepi : Puding Roti

Petang ni macam terlebih rajin pulak. Actually sebab rasa macam senang sebab tu eynda buat hehe...eynda buat Puding Roti...macam buang tebiat la pulak.....tapi oven dah ada....tak guna rugi la beli kan....
Cubaan pertama eynda...yg dah terrer tu duduk diam2 jangan gelak haa....tapi kalau ada idea atau tips, eynda nak jugak :-)
 
Bahan2 :
Roti Gardenia Butterscotch sebungkus.
2 cawan susu segar HL (sebab dah ada bau vanilla)
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
3 sudu besar kismis
Butter utk sapu kat loyang
cinnamon powder
2 sudu besar gula pasir (takde dlm gambar)
 
Cara2:
Sapukan butter dlm bekas loyang. Susun roti dlm loyang. Eynda tak siat2 pun roti hehe...hentam letak sekeping2...kalau rajin boleh siat2 :-)
 
Eynda ikut style sya, blend je 2 cawan susu + 2 biji telur + 1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar gula pasir. Pas tu tuang dlm loyang yg dah disusun dgn roti. Tabur kismis & cinnamon powder....
 
Masukkan dlm oven.
Suhu : 180c selama 30 minit api atas bawah, pas tu bakar lagi 10 minit, 180c api bawah saje. Ni ikut la style oven cemana. Adjust2 la....sebab eynda buat 30 minit tu kat dalam macam belum masak...
Hampir masak. Ler...habis kismis hangus kekeke....
Dah siapppp.....
Sedia utk dimakan :-)
Puding roti eynda ni kurang manis. Memang buat gitu sebab eynda tak suka manis2 sangat. Pas tu butter pun guna masa sapu kat loyang je sebab roti tu dah siap ada butter...jimat hehe...
Kat rumah ni cuma eynda & hubby je makan....so tadi potong2 bagi kat jiran skit :-)
Posted by Picasa

Puasa Ganti...

Semalam eynda puasa ganti. Baru hari pertama....ada lagi 7 hari....
Menu sahur : H20 500ml + green tea 500ml + neslo panas 1 mug + roti w/meal bakar cheese guna sandwichmaker 2 set.
Plan nak naik ellip lepas berbuka. Tapi kebetulan hubby balik @ 6pm, eynda try naik ellip b4 berbuka. 
6.45pm : elliptical 30 minit ~ 1.6KM ~ 349 cal
15 minit pertama ok lagi.....masuk 15 minit terakhir dah rasa seksa hehe....berpeluh lagi banyak dari hari tak puasa....rasa lebih sakit kat area peha belakang & punggung....perut macam senak...alhamdulillah habis jugak 30 minit. B4 naik ellip dah pesan kat hubby kalau eynda pengsan sila panggil ambulance hehe...
Menu berbuka : H20 500ml + marigold non-added sugar juice sekotak (carrot + apple + orange)
Lepas sejam makan nasi lauk mamak kekeke....
Dinner : Brown rice 1 cup + sayur + kari ayam + telur sotong goreng
H20 lagi 1 liter.
Today tak puasa sebab dah kunci alarm 4am...bangunnyer 5.45am :-p Esok pun tak puasa la dah hubby & adam cuti....maknanyer isnin depan pulak eynda puasa balik :-)

Monday, April 27, 2009

Aktiviti hari ahad......

Sabtu petang MIL & SIL tiba dari Kedah. Malam pulak 2 orang abang ipar & family berkumpul kat rumah. Meriah le...kami tapau lauk je utk dinner...eynda tak masak...pemalas kan... :-p
Hari ahad pagi2 lepas breakfast kami keluar shopping kat PKNS & SACC Mall. Eynda tak shopping apa pun...tengok baju2 geram gak tapi cuba tahan diri so tak beli pun :-D
 
 
Main peekaboo dlm kedai BATA......
Sementara tunggu SIL & MIL yg tengah membeli-belah kami makan2 kat mcd dulu...eynda & hubby tak makan cuma minum & curi2 fries skit....sebab jap lagi nak lunch makan nasi :-)
Mana Hannah?? Hehehe.....jenuh kejar dia mentang2 la terlepas dari kena ikat kat stroller :-p
Tunggu SIL shopping sorang2 kat tingkat atas SACC....haiyaaa..MIL tertutup mata pulak hihi....
Beli Big Apple 18 bijik....di saat eynda tulis blog ni donut tinggal seketul je lagi haha...laku betul! Jangan tanya brape biji eynda makan haaa.... :-p
Shopping barang sekolah adam jek...baju sekolah....yg pakai sekarang dah comot...kasut sekolah....dah tukar satu size besar....awal tahun pakai size 1, sekarang sudah size 2!
Keluar dari rumah dalam 11am....sampai rumah 3.30pm...tu pun eynda & hubby balik dulu, tapau nasi.....MIL & SIL singgah  Shah Alam Mall pulak shopping2.....tak heran le Hannah dari dlm kete dah tido, sambung tido lagi sampai dekat 7pm baru bangun...letih!! :-) Anak dara ni kalau tido seksi skit ...habis terselak kekekek....
Malam ada makan2 jugak kat rumah. Tak masak jugak...bagus punya menantu :-p MIL pun cakap tapau senang takyah susah2 kat dapur...ikut je la :-p
Pagi ni SIL & MIL bertolak balik ke Kedah....Adam pegi sekolah, ok la dah tahu atok nak balik...Hannah sedih la jugak...merengek bila nampak makngah & atok naik kete...tapi kejap je....mood ok balik....eynda pun today masuk blog je....tengah kaver letih layan tetamu ... :-)
Posted by Picasa

Sunday, April 26, 2009

Modem baru......

Semalam hubby ada appointment dgn Vista kat The Curve. Next year bulan mac pulak appointment dia...so hopefully shopping2 kat tempat lain la pulak lepas ni hehe...
Singgah Cineleasure sebab nak beli mcd utk adam & hannah, hubby masuk kedai jual barangan IT. Beli modem baru ganti modem lama....balik rumah lepas lunch hubby start configure sendiri....3 jam baru settle...2 kali call Belkin kat India....2 kali call streamyx....yg syoknyer call India cepat je diaorg pick-up....call streamyx kali pertama 10 minit baru jawab...call kali ke2 , 5 minit baru jawab...sabar je la....
So far ok. Streamyx laju ...belum ada problem disconnect lagi..sebab dah check malam sebelum tu dgn streamyx (yg ni eynda tunggu dekat 10 minit gak baru diaorg pick-up)...signal kat shah alam sepatutnyer bagus. Pas tu eynda cakap DSL blinking.....owwhh...rupanyer kalau blinking memang dah ada problem laaaa....
 
Hubby dengan tekun memasang modem...
"semua kerana dia..."
Hehe...dia tu eynda la :-p 
 
Ni le modem baru...brand Belkin...sebelum ni guna Aztech......modem ni coverage lebih besar dari modem lama....harga pun RM300++...hubby cakap bulan ni dah habis banyak duit utk eynda hehe...maxis broadband le....modem baru le....nasib baik maxis broadband dah return balik....2-3 bulan lagi dapat cheque.
 
Ingat tak entry eynda yg tunjuk kasut ala2 crocs hari tu? Eynda beli kaler itam pulak hehe...hari tu kaler itam takde....bestnyer...
Posted by Picasa

Friday, April 24, 2009

Anak Sape Nih??

Suka mintak duit kat orang....
Suka makan makanan orang....
Mak bapak tak bagi duit sekolah ke??
Habih tu....yg jadi mangsa minum air masak je masa rehat...balik rumah makan nasi perut masuk angin!!
Mak bapak tolong la ambik berat skit...tolong perhati skit perangai anak-anak.....cemana diaorg kat sekolah....bagi eynda budak2 buat perangai macam ni sebab kurang perhatian....
Eynda dah tension....hari tu tension kat tenet kekeke....tapi serius....eynda tak suka budak2 berkelakuan cam ni...kalau adam buat dah lama eynda rotan (jadi kes dera lak nanti :-p)
Bila komplen kat cikgu, adam kata cikgu tak buat apa pun...even budak tu main gunting tuju2 kat anak kita pun, cikgu cuma suruh duduk kat tempat masing2 jek...kalau eynda jadi cikgu dah lama budak tu kena leter...tak pun rampas je gunting tu dari dia....bahaya la main tuju2 benda tajam nih!
Jangan sampai eynda pegi sekolah jumpa budak2 kecik tu sudah.....memang le baru darjah 2...tak reti apa lagi...betul ke tak reti apa?? Takkan mak bapak tak ajar cara nak behave??
Tension gue....patut la lambat nak slim...hormon cortisol ku makin bertambah kekekek....

Thursday, April 23, 2009

Untuk mama....

 
Hari ni adam balik dari school cakap kat eynda ...
"mama...kejap...dalam beg adam ada sesuatu utk mama.." 
sambil dok godek2 beg sekolah dia....rupanyer dia beli hadiah utk eynda. Rasa nak nangis la pulak.....nak kata sempena sambutan Mother's Day...lambat lagi....dia kata saje beli...
"alaaa...RM1 jek..."
RM1 pun bermakna jugak utk mama tau...ye la hari2 adam kena marah...kena leter...tetiba mama dapat penghargaan...tak ke terasa sayu...rasa bersalah...tapi marah leter utk kebaikan adam jugak....
Tapi di ketika ini, bear yg ada kat bunga love tu dah tercabut hehe....hannah dah take over hakmilik bunga tu...habih tercabut semua :-p
Thank you adam...mama loves u soooo muchhh....
Posted by Picasa

Berpuasa Masih Boleh Bersenam

 
Bersenam di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.
Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu mengehadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman.
“Jika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan meneruskan senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna.
Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.
“Pada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.”
Disebabkan berpuasa, jelasnya, kalori karbohidrat dalam badan secara tidak langsung akan berkurangan dan secara semula jadi badan terus menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga tanpa memerlukan 20 minit pertama. Dari situ, ia dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan seseorang.
Menerangkan cara dan bagaimana aktiviti senaman boleh dilakukan, kata Simran, sepanjang bulan puasa senaman boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu dengan sekurang- kurangnya 30 minit sekali senaman.
Ia agak berbeza di bulan biasa iaitu perlu dilakukan lebih kerap dan memerlukan antara 30 minit hingga satu jam setiap senaman.
Lebih penting kata Simran, dalam tempoh 30 minit itu individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat-peringkat seperti senaman memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal dan berjalan kaki.
Bagi membentuk kardiovaskular (berjalan, joging atau berbasikal), penggunaan tenaga pada tahap maksimum perlu diselaraskan mengikut tahap latihan yang sesuai.
Bagi latihan pembentukan otot, seseorang itu dinasihatkan agar melakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha.
Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan sebanyak satu atau dua set dan setiap satu set sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot.
Senaman katanya, boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai.
Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan threadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit.
Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, kata Simran pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan.
“Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman,’’ ujarnya lagi,
Simran menambah, melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.
Posted by Picasa

Wednesday, April 22, 2009

Aikk?? Ambik hati ker??

Today dari pepagi buta tadi eynda guna streamyx.....takde pulak disconnect... Ada le sekejap tadi dlm 2-3 saat disconnect tapi ok balik...pelik...takyah gi on & off modem..terus boleh guna je....nak ambik hati ker??
Maxis broadband??
Malam tadi hampehh betul....hubby kata HSDPA tapi slow giler! Nak tunggu page penuh pun ambik masa 3-5 minit....apa kes?? Pas tu tetiba je keluar kat screen ...failed to open bla bla bla....padahal coverage EXCELLENT tau....
Hubby kata nak return balik maxis broadband tu kalau dlm masa 7 hari ni dok macam tu jugak....sebab hubby guna maxis 3G kat laptop dia, eynda tengok pagi tadi memang laju betul ...dlm 1-2 saat page dah penuh....naper kat pc tak macam tu??
Korang....eynda konpius....streamyx atau maxis?? Nasib baik maxis tu ada 7 days trial....

Baju Sama....Tahun Tak Sama....

 
8hb Mac 2008
Tengok la rambut hannah kekek...baru bangun tido, stop kat R&R on the way balik kampung....
 
 
22hb April 2009
Baju yg sama...tahun tak sama hehe....masih muat....sebab tu la mama & ayah jimat duit....takyah beli baju banyak2 :-p
Posted by Picasa

Cuppy Cake Song...

Lagu apa yg korang guna utk ringtone henpon?? Eynda guna MP3 lagu Katy Perry "Hot & Cold"....lagu feveret Hannah hehe.....
SMS alert??
Eynda guna Cuppycake Song....kalau ada sms mesti bunyi suara budak kecik nyanyi2....eynda suka ikut nyanyi jugak beberapa part especially bila budak tu nyanyi "shigem-shigem" (lebih kurang laa..) hehe...so cute...hannah pun suka nyanyi part tu hehe...
Pagi ni saje cari lagu tu kat youtube...terjumpa clip video penyanyi asal lagu tu...memang suara dia la yg eynda guna utk sms alert tu...cutenyer diaaaaa.....
Jom dengar lagu Cuppycake :-)

Tuesday, April 21, 2009

Backyard Monsters and Dinosaurs Are Back Exhibition...

Backyard Monsters and Dinosaurs Are Back Exhibition
From Saturday, 18th Apr 2009 - Sunday, 17th May 2009
Catch the Backyard Monsters & Dinosaurs Are Back Exhibition at the Mid Valley Exhibition Centre from 10am till 10pm. 
Entrance fees: 
RM12 per adult 
RM8 per child (4 years and above) 
Sape dah pegi?? Best tak?? Plan nak bawak Adam & Hannah this weekend... :-)

Update citer maxis broadband....

Entry pepagi buta tadi guna streamyx....
Entry terkini ni guna maxis broadband...tapi hubby download dlm account dia....so rasa agak janggal sebab semua barang2 eynda ada kat dlm account eynda :-( Gambar2.....semua dlm iphoto account eynda....rasa pelik pulak tetiba hehe...psiko betul!!
Dah try connect malam tadi takleh...pelik jugak...hubby dah ikut cara2 nak download...pagi ni lepas hubby gi keje eynda call customer sevice maxis...bersama-sama key-in apa yg patut...try connect...suspennnnn.....yeaayyy...succesful :-D
Hopefully takde masalah dgn maxis ni...masalah kecik2 biasa la kan...tapi jangan buat masalah berminggu-mingguuuu.....
Ok itu je nak update.... :-)

Are U Addicted to the Internet??

You Are 61% Addicted to the Internet
In your opinion, life without the internet is hardly worth living.
Could be, but you probably need a bit more fresh air and sunshine to think clearly.
Kekekekek.....61%...takde la fanatik sangat kan....ye ker?? :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails